Saintis Australia mahu tanam tumbuhan di bulan pada 2025

Saintis Australia mahu tanam tumbuhan di bulan pada 2025

Saintis Australia mahu tanam tumbuhan di bulan pada 2025

SYDNEY: Pasukan saintis Australia merancang untuk menanam tumbuhan di permukaan bulan pada 2025 menerusi satu misi baharu yang didedahkan kelmarin.

Pakar biologi tumbuhan, Brett William berkata, benih tumbuhan akan dibawa ke bulan menerusi kapal angkasa Beresheet 2 yang merupakan milik Israel.

Selepas tiba di bulan, pasukan saintis akan menyiram benih tersebut dan meneliti proses tumbesaran.

Jelas William, jenis tumbuhan yang akan dibawa ke bulan akan dipilih berdasarkan daya ketahanannya menghadapi keadaan ekstrem dan berapa cepat ia mampu bercambah.

“Projek itu merupakan langkah awal untuk kita tanam tumbuhan bagi mendapatkan makanan, ubatan dan oksigen, sekali gus membolehkan manusia memulakan kehidupan di bulan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia, Caitlin Byrt memaklumkan, projek itu turut relevan dengan kebimbangan pelbagai pihak berhubung keselamatan makanan disebabkan perubahan iklim.

“Jika anda boleh mencipta sistem menanam tumbuhan di permukaan bulan, maka anda boleh membangunkan sistem bekalan makanan dalam suasana paling ekstrem di bumi,” katanya.

Sementara itu, projek itu akan dijalankan oleh organisasi Lunaria One yang melibatkan saintis Australia dan Israel. – AFP

Thailand benarkan ganja ditanam di rumah

Saintis Australia mahu tanam tumbuhan di bulan pada 2025

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker