“FETCH MAMAT NI BAWA JUMPA SAYA” – SYAMSUL YUSOF NAK BAYAR RM10,000 CARI KHIDMAT ‘GRAB’

Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah memuat naik sekeping foto seorang lelaki yang didakwa sedang dicarinya.

Perkongsian Syamsul itu telah mencuri tumpuan dan menarik perhatian pengikutnya apabila turut menawarkan sejumlah wang tunai sehingga RM10,000 sekiranya ada pihak yang berjaya menemukannya.

“Abang perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sesiapa boleh fetch (ambil) mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia di Kuala Lumpur sahaja, jadi dekat.

Klik untuk gambar besar



“Walau dekat, Grab car saya bayar RM10,000 tunai. Apa-apa sila email saya di [email protected] atau DM sahaja di Instagram ini. #semboyanCalling,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Dalam hantaran tersebut Syamsul turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan seorang lelaki yang mengenakan jaket berwarna putih dan menggayakan cermin mata hitam di atas kepala.

Biarpun tidak mendedahkan siapakah gerangan individu berkenaan, difahamkan, ia mempunyai kaitan mesej berbaur ugutan yang diterimanya baru-baru ini di media sosialnya.

Ekoran itu, Syamsul kemudian membuat satu laporan polis di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tindakan tersebut dibuat Syamsul selepas terdapat pihak yang didakwa cuba menganggu keselamatannya termasuk isteri dan anak-anak.



Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung tawaran yang dianggap cukup lumayan itu: “Kasi kutip, tak boleh biar orang macam ni! – “Jom kita cari wak, bawa naik motor je, RM10,000 wow!

Sementara itu, Gempak masih cuba lagi menghubungi Syamsul bagi mendapatkan kenyataan lanjut mengenai hal ini, namun, kiriman mesej dan panggilan telefon belum berjawab.

 

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker