Terkejut buka bungkusan ‘nasi lemak akhir zaman’

Pelanggan terus label dan anggap makanannya tak cukup sifat

Terkejut buka bungkusan ‘nasi lemak akhir zaman’

Terkejut buka bungkusan ‘nasi lemak akhir zaman’
Lelaki kongsi video nasi lemak dibeli di sebuah gerai di Behrang, Perak.

UMUM mengetahui bahawa nasi lemak sudah menjadi salah satu menu paling popular dalam kalangan masyarakat negara ini.Bukan sekadar mudah didapati tetapi harga bagi sebungkus nasi lemak yang ‘mampu bayar’ membuatkan makanan ini menjadi pilihan setiap hari.

Bermula harga serendah RM1, kita sudah boleh menikmati makanan lazat ini lengkap dengan nasi yang dimasak dengan santan, kacang, ikan bilis, telur, timun serta sambalnya.



Bagaimanapun, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok setelah melihat nasi lemak dibelinya.

Menurut Khairi Amsyar, makanan tersebut yang dianggap sedikit itu dibeli pada harga RM2.50 di sebuah kedai terletak di Behrang, Perak.

Khairi juga melabelkan makanannya ini sebagai ‘nasi lemak akhir zaman’ setelah membuka bungkusan kerana berpandangan ia ‘tidak cukup sifat’.

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dimuat naik, nasi lemak bersaiz kecil bersama sambal itu hanya mempunyai tiga biji kacang tanah.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malah, hidangan tersebut tidak disertakan telur, hirisan timun atau ikan bilis goreng seperti kelaziman nasi lemak yang dijual.

Meskipun dibeli dengan harga yang murah, lelaki ini tetap berasa kecewa melihat isi dalam nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang dan surat khabar itu.

Sekarang nasi lemak kebanyakan ada sambal saja lepas tu ikan bilis tiga ekor.

NETIZEN

Semakan mStar mendapati di ruangan komen video tular itu, orang ramai turut berkongsi pendapat yang sama.

“Tiga biji saja kacang. Baik tak payah letak.

“RM1 ke RM1.50 ke boleh terima lagi. Kalau RM2.50 macam ni memang nak pergi Colombia balik harilah cerita dia.

“Betul. Sekarang nasi lemak kebanyakan ada sambal saja lepas tu ikan bilis tiga ekor. Sekurang-kurangnnya letaklah telur rebus. Walaupun nipisnya sampai dipotong lapan,” ujar netizen di ruangan komen.

Terkejut buka bungkusan ‘nasi lemak akhir zaman’
Komen netizen mengenai video asal di TikTok.

 

Dalam pada itu, netizen turut menyatakan harga dikenakan iaitu RM2.50 adalah tidak berpatutan apabila melihat sendiri ‘rupa’ nasi lemak yang dibeli.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah warga maya yang berselera dan terliur melihat sambal nasi lemak itu kerana kelihatan sedap.

Ada juga sesetengah warganet bersetuju dengan harga dibeli Khairi kerana memahami kos bahan mentah semakin mahal dan peniaga terpaksa menanggungnya.

Rakyat Indonesia ‘kuat makan manis’

Terkejut buka bungkusan ‘nasi lemak akhir zaman’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker