TikToker dari Thailand, dikatakan mirip Rose Blackpink

Jadi perhatian netizen

TikToker dari Thailand, dikatakan mirip Rose Blackpink

TikToker dari Thailand, dikatakan mirip Rose Blackpink
TikToker dari Thailand ini dikatakan mirip Rose Blackpink.
SEORANG TikToker dari Thailand menjadi perhatian netizen di Korea Selatan apabila wajahnya dikatakan mirip anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose.Allkpopmelaporkan,TikToker yang dikenali sebagai Opec itu mendapat jolokan sebagai ‘Rose Gong’ kerana gaya dan penampilannya mirip penyanyi popular berkenaan.

“Guys, Rose Gong muncul juga,” tulis seorang pengguna Twitter.

Opec dikatakan mempunyai ‘vibes’ seperti Rose dengan memiliki rambut perang serta bentuk muka yang sangat mirip.

Netizen yang pada mulanya berkongsi video itu juga menulis bahawa Opec mengingatkan mereka kepada ahli Blackpink itu.

“Saya ingatkan dia adalah Rose tanpa mekap, aksinya juga serupa.

“Dia kelihatan seperti Rose, malah rambutnya juga sama.

“Saya ketawa kerana aksinya seperti Rose kelihatan begitu semula jadi.

TikToker dari Thailand, dikatakan mirip Rose Blackpink

Rose merupakan antara ahli kumpulan Blackpink yang mempunyai ramai peminat.”Ia sebenarnya menjengkelkan kerana dia benar-benar kelihatan seperti Rose,” tulis netizen.

Untuk rekod, single solo Rose yang berjudul On The Ground pernah mencatatkan kejayaan luar biasa apabila mendominasi carta lagu iTunes di 51 buah negara sebaik ia dilancarkan.

Selain Rose, kumpulan wanita popular Kpop itu turut dianggotai oleh Jennie, Lisa dan Jisoo.

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

TikToker dari Thailand, dikatakan mirip Rose Blackpink


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker