Wanita maut dirempuh treler di Jalan Bentong-Raub

BENTONG – Gara-gara menyangka laluan Jalan Bentong-Raub masih ditutup sebuah kereta yang keluar secara mengejut dari Simpang Lebu di sini dirempuh sebuah treler menyebabkan seorang penumpang wanita maut di Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika mangsa, Wan Foong Kueen,57, yang menaiki kereta bersama tiga penumpang dan dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Raub.

“Apabila sampai di Simpang Lebu pemandu kereta membelok ke kanan untuk keluar ke jalan utama menghala ke Raub dan tiba-tiba datang sebuah treler dari arah Raub melanggar bahagian sisi sebelah kanan kereta mengakibatkan kereta berkenaan berpusing.



“Akibat kemalangan seorang penumpang wanita di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta dan tiga lagi penumpang mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham mangsa yang maut dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.

Katanya, siasatan masih giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tampil bagi membantu siasatan dan pengguna jalan raya dinasihatkan memandu kenderaan dengan barhati-hati dan berhemah kerana cuaca tidak menentu dalam musim monsun timur laut ini,”ujarnya.



© Kosmo!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button