Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Apa kesudahannya dengan kertas siasatan kes Hakim Nazlan yang telah dilengkapkan oleh SPRM?

Seluruh rakyat Malaysia masih lagi tertanya-tanya dan menunggu apa kesudahan kertas siasatan tersebut.

Adakah akan berlakunya pendakwaan terhadap Hakim Nazlan atau ianya akan menjadi sama seperti kertas siasatan beberapa kes berprofil tinggi?



Senyap tanpa sebarang berita dan akan terus disenyapkan begitu sahaja hingga rakyat terlupa.

Persoalannya, mengapakah kertas siasatan yang telah dilengkapkan oleh SPRM dengan segala bukti yang kukuh menjadi sepertti bola?

Sekejap SPRM membuat kenyataan sudah menyerahkannya kepada Peguam Negara.

Kemudian diperakui oleh Peguam Negara mereka sudah menerimanya dan sedang meneliti kertas siasatan tersebut.



Kemudian secara tiba-tiba Peguam Negara keluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan tersebut tidak berada di tangan mereka.

Selepas itu SPRM pula keluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan itu sebenarnya sudah dikembalikan kepada SPRM untuk penambahbaikan.

Sekarang SPRM keluarkan pula kenyataan sudah menyerahkan kembali kepada Peguam Negara selepas penambahbaikan dilakukan.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/08/kertas-siasatan-terhadap-hakim-nazlan-bersama-sprm-kata-azam/

Dan Peguam Negara sehingga sekarang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan!!!

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Untuk memahami apakah yang bakal berlaku sekiranya Hakim Nazlan dibicarakan, kita terlebih dahulu kena tahu mengapa Hakim Nazlan disiasat.

Hakim Nazlan disiasat selepas beberapa laporan SPRM dibuat selepas blogger Raja Petra Kamaruddin mendedahkan terdapat kira-kira RM2 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Nazlan.

RPK juga mendedahkan bahawa duit tersebut disyaki telah dimasukkan oleh Jho Lo (suspek utama) kes SRC dan 1MDB ke dalam akaun Nazlan.

Berdasarkan kepada laporan yang diterima, SPRM membuka kertas siasatan untuk mendapatkan penjelasan dari Nazlan mengenai punca duit tersebut.

Sangat penting untuk Nazlan membuktikan bahawa duit tersebut datang dari sumber yang halal kerana beliau adalah hakim yang mengetuai perbicaraan kes SRC DS Najib.

Malah beliau sudah pun menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas DS Najib.

Jadi adalah sangat penting untuk beliau membuktikan bahawa tiada asas untuk diragui kredibiliti dan integriti beliau dalam penghakiman kes tersebut.

Sekiranya Nazlan berjaya membuktikan beliau tidak bersalah, maka hukuman ke atas DS Najib akan kekal tanpa ada sebarang keraguan ke atas hukuman tersebut.

Namun, sekiranya Nazlan didapati bersalah, maka sabitan kesalahan ke atas DS Najib akan disemak semula.

Sama ada kes tersebut secara keseluruhannya akan dibatalkan atau akan diadakan perbicaraan semula.

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Sebelum itu, atas prinsip keadilan, sebaik sahaja Nazlan dibicarakan, maka peguam DS Najib boleh memohon kepada YDP Agong untuk menangguhkan hukuman ke atas DS Najib.

YDP Agong mempunyai kuasa untuk menangguhkan hukuman sebagaimana yang terdapat di dalam perlembagaan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html

Perkara 42 (1) menyatakan:

YDP Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan.

Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

Dalam artikata lain, sebaik sahaja pertuduhan ke atas Nazlan dibacakan di mahkamah, maka peluang DS Najib keluar dari penjara adalah sangat cerah.

Apatah lagi sekiranya mahkamah membuat keputusan Nazlan disabitkan kesalahan, maka kes DS Najib pasti akan sama ada digugurkan atau dibicarakan semula oleh hakim yang lain.

Mungkin inilah yang sangat-sangat ditakuti oleh sesetengah pihak.

Mereka tidak peduli untuk menzalimi pemimpin yang sudah terlalu banyak menaburkan jasa kepada rakyat dan negara.

Pegangan mereka adalah matlamat menghalalkan cara dan dosa pahala belakang kira!!!

 

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker