Awesome Raja Lawak Semakin Sengit

Kumpulan Sesah Tersingkir Di Minggu Kelima

Awesome Raja Lawak Semakin Sengit, Kumpulan Sesah Tersingkir Di Minggu Kelima
Awesome Raja Lawak Semakin Sengit, Kumpulan Sesah Tersingkir Di Minggu Kelima

Awesome Raja Lawak Semakin Sengit

Bertemakan ‘Pekerjaan’, persembahan minggu kelima Awesome Raja Lawak yang berlangsung malam Rabu baru-baru ini ternyata meriah dan luar biasa.

Semakin menghampiri penghujung, setiap peserta semestinya semakin bekerja keras dalam merebut gelaran juara.

Pihak Produksi Berpuas Hati

Menurut Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, pihaknya berpuas hati dengan persembahan secara keseluruhan daripada para peserta minggu kelima ini.



“Jika dinilai daripada sudut kualiti kandungan dan kebijaksanaan dalam menyusun penceritaan sketsa yang dipersembahkan untuk minggu kelima bertemakan ‘Pekerjaan’ pada malam tadi, secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan usaha keras barisan peserta yang masih bertanding dalam program Awesome Raja Lawak.

“Peningkatan konsisten yang dipamerkan oleh para peserta dari minggu ke minggu jelas turut mendapat perhatian daripada pihak juri iaitu Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat berdasarkan komen positif serta pujian yang dikongsikan saban minggu. Mereka juga dilihat cukup terhibur dan tidak kering gusi dengan bahan jenaka yang dipersembahkan sepanjang membuat penilaian,” katanya.

Soda Kekal Prestasi

Kumpulan Soda dan peserta solo Azhar berjaya mengekalkan kejayaan minggu lalu apabila mereka masih berada di tangga dua teratas minggu ini. Soda berjaya meraih markah sebanyak 81 peratus, manakala Azhar menerima markah keseluruhan sebanyak 71 peratus.

Bagaimanapun, rezeki tidak memihak kepada kumpulan Sesah apabila mereka tersingkir dengan markah yang diperoleh hanya sebanyak 50 peratus.

“Insya-Allah selepas ini kami akan fokus dengan kehidupan kami seperti biasa, dan jika ada rezeki di luar, kami tidak akan sia-siakannya.

“Terima kasih kepada keluarga kami yang banyak memberi sokongan, pihak produksi, juri, kawan-kawan Awesome Raja Lawak dan semua yang terlibat, terima kasih banyak-banyak.

“Kepada rakan-rakan yang lain, semoga berjaya dan percaya pada konten, konten kumpulan ataupun solo, dan bergembiralah di atas pentas,” kata kumpulan Sesah.

Berikut adalah senarau markah penuh setiap peserta minggu kelima:

  1. Soda : 81%
  2.  Azhar : 71%
  3. Semmat : 69%
  4. Hanif : 65%
  5. Sedare : 61%
  6. Se’eh : 60%
  7. Manja : 57%
  8. Pelan : 56%
  9. Mabo : 56%
  10. Sesah : 50%

Jangan lupa saksikan Awesome Raja Lawak pada setiap Rabu, 9.00 malam di Awesome TV (Astro 123) dan MyTV (112).

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Awesome Raja Lawak Semakin Sengit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :





Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker