Budak `ajaib’ terselamat serangan pusat asuhan Thailand

Budak `ajaib’ terselamat serangan pusat asuhan Thailand
BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terselamat dalam insiden tembakan dan serangan pisau di pusat asuhan di Thailand, selepas didapati tidur dengan berselimut menutupi seluruh badannya.
Ketika kejadian, Nong Am berada di dalam bilik tidur bersama kanak-kanak lain sebelum bekas anggota polis, Panya Khamrab melepaskan tembakan yang mengorbankan 37 individu dalam salah satu serangan menggemparkan seluruh dunia.
“Pada ketika itu, Nong Am sedang nyenyak tidur dengan berselimut menutupi kepalanya sebelum lelaki tersebut menceroboh masuk bilik tidur pusat asuhan kanak-kanak.
“Kanak-kanak lain pula menjadi panik dan dibunuh secara kejam. Penyerang itu nampaknya tidak menyedari Nong Am sedang tidur.
“Budak perempuan itu terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam insiden pembunuhan beramai-ramai itu,” jelas laporan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
Kisah Nong Am muncul ketika beberapa gambar mangsa dikeluarkan termasuk imej menyayat hati pasangan kembar kanak-kanak dan seorang guru hamil lapan bulan yang terbunuh dalam kejadian itu.
Beberapa gambar lain yang tular dalam media sosial menunjukkan kanak-kanak sedang bermain di pusat asuhan itu, beberapa bulan sebelum menjadi sasaran serangan.
Sementara itu, bapa saudara kepada Nong Am, Wutthichai Baothong mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pusat asuhan kerana melindungi anak buahnya.
Baothong berkata, Nong Am merupakan satu-satunya kanak-kanak di dalam kelas tersebut yang terselamat dalam kejadian amukan paling dahsyat sejarah negara itu.
“Ia adalah keajaiban dari Tuhan yang menyelamatkan nyawa anak buah saya. Daripada 30 mangsa, hanya dia seorang yang terselamat,” katanya. – AGENSI
Budak `ajaib’ terselamat serangan pusat asuhan Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15
- PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!
- Apa guna jadi ‘Poster Boy’ PRU15?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :