Burnout punca tekanan mental ketika pandemik Covid-19

Burnout punca tekanan mental ketika pandemik Covid-19

Burnout punca tekanan mental ketika pandemik Covid-19
PENDUDUK sedang berjalan di sebuah jambatan berlatar belakang Marina Bay di Singapura. – AFP

SINGAPURA: Satu kajian baharu mendapati burnout menjadi punca utama tekanan mental dalam kalangan warga republik ini ketika pandemik Covid-19.

Malah, burnout di tempat kerja dan bukannya peraturan Covid-19 yang membuatkan penduduk negara itu tertekan.

Dalam tinjauan dijalankan di enam negara Asia, Singapura merupakan satu-satunya negara yang mana burnout menjadi punca utama menjejaskan kesihatan mental rakyat ketika pandemik Covid-19, selepas disokong oleh 57 peratus responden.

Hasil tinjauan itu berbeza dengan trend di Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong yang mana responden menyalahkan sekatan Covid-19 untuk mengawal pandemik seperti pemakaian pelitup muka dan perintah berkurung, menjadi punca kepada tekanan mental.

Keputusan tinjauan itu juga berbeza dengan responden di Malaysia dan Indonesia yang menganggap masalah kewangan akibat hilang pendapatan paling menjejaskan kesihatan mental rakyat.

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), burnout merupakan sindrom berpunca daripada tekanan tempat kerja yang kronik dan gagal diuruskan secara baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Agensi antarabangsa itu turut menyenaraikan burnout sebagai fenomena pekerjaan yang terdiri daripada kelelahan fizikal mental, emosi, tanggapan negatif terhadap kerja dan tahap keberkesanan rendah di tempat kerja.

Burnout sering juga dikaitkan dengan gejala ibarat kemurungan dan kerunsingan, serta simptom fisiologi seperti keletihan, kurang tidur, sering pening dan sakit kepala.

Sementara itu, seorang penduduk bernama Jovena Loon mengakui mengalami tekanan mental pada pertengahan tahun lalu.

Katanya, dia mengalami beberapa masalah antaranya sukar tidur pada waktu malam, kesukaran bernafas dan merasakan seolah-olah ketumbuhan pada kerongkong dan dalam perutnya sepanjang masa.

Loon yang bekerja di sebuah syarikat makanan dan minuman multinasional  mendedahkan mula mengalami masalah itu selepas cuba kembang dalam kerjaya dan kehidupannya. – AGENSI

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Burnout punca tekanan mental ketika pandemik Covid-19

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker