Coklat tamat tarikh luput dilelong RM2,677

Coklat tamat tarikh luput dilelong RM2,677
LONDON: Sebuah bekas berisi mengandungi coklat yang sudah tamat tarikh luput dijual pada harga 519 pound (RM2,677) dalam satu acara lelong.
Coklat itu dipercayai dibuat semasa era pemerintahan Ratu Victoria pada tahun 1899.
Kotak coklat tersebut ditemukan di dalam tong sampah di loteng sbeuah rumah di Lincolnshire.
Lapor Metro, coklat itu pada mulanya dijangka dijual pada harga 100 hingga 200 pound (RM516-RM1,032) sebelum dibeli oleh seorang pembida pada harga 519 pound.
Pembida yang enggan dikenali itu memaklumkan, dia berminat untuk membeli bekas coklat tersebut untuk dijadikan koleksi barangan bersejarah.
Sepanjang Perang Boer berlangsung, Ratu Victoria mengirimkan sejumlah kotak coklat kepada tentera England sebagai sumber makanan.
Namun, masalah timbul apabila pengeluar coklat ketika itu, Quaker menentang perang yang berlaku.
Syarikat pengeluar coklat itu enggan meneruskan penghantaran demi mengaut keuntungan sedangkan para tentera berjuang mempertaruhkan nyawa di medan perang.
Syarikat itu kemudiannya bersetuju untuk membekalkan coklat secara percuma dalam tin yang tidak mempunyai jenama atau cop dagang.
Disebabkan itu, Ratu Victoria menggunakan sejumlah bekas yang dicop dengan nama Rowntree untuk menghantar coklat berkenaan ke medan perang.
Elak rugi, pasar raya jual produk makanan tamat tempoh
Coklat tamat tarikh luput dilelong RM2,677
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15
- PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!
- Apa guna jadi ‘Poster Boy’ PRU15?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan