MPV terbabas, langgar tiang lampu, 2 parah

MPV terbabas, langgar tiang lampu, 2 parah

MPV terbabas, langgar tiang lampu, 2 parah
Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat remaja rosak teruk dalam kemalangan di Lebuhraya Langkawi, malam tadi. NSTP/Ihsan PDRM

LANGKAWI: Empat remaja terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di selekoh Lebuhraya Langkawi di sini, malam tadi.

Dalam nahas jam 7.35 malam itu, dua mangsa parah manakala dua lagi termasuk pemandu cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata semua mangsa berusia 18 tahun dan kejadian berlaku ketika jalan basah serta hujan renyai-renyai.

“Kemalangan membabitkan sebuah MPV dari Kuah menghala ke Padang Gaong yang terbabas setiba di selekoh sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu jalan.

Shariman berkata, semua mangsa kemudian dihantar ke HSM untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di jalan dua lorong sehala, terdapat garisan putih putus-putus dan dibahagikan oleh pembahagi jalan serta cuaca hujan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MPV terbabas, langgar tiang lampu, 2 parah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker