Daging Masak Black Pepper

Resepi Daging Masak Black Pepper adalah kesukaan keluarga. Resepi ini pasti menjadi sangat enak jika anda menggunakan bahagian batang pinang yang sangat lembut, ditambah pula dengan aroma Black Pepper yang membangkitkan lagi selera .
Bahan-bahan:
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- Kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- Bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara Penyediaan:
- Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
- Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
- Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
- Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.
Tip:
- Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
Daging Masak Black Pepper
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15
- PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!
- Apa guna jadi ‘Poster Boy’ PRU15?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :