Hisap gam dalam kereta, suami isteri disiasat polis

Hisap gam dalam kereta, suami isteri disiasat polis
– Foto hiasan

Hisap gam dalam kereta, suami isteri disiasat polis

MELAKA: Akibat leka menghisap gam ketika memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata ia susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan dakwaan pasangan menghisap gam ketika memandu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu, pada 4 petang 7 Oktober lalu.

Beliau berkata, bagaimanapun masa dan tarikh sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan, sebelum risikan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.



“Kira-kira jam 11 malam keesokan harinya, polis pergi ke sebuah rumah di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, dan berjumpa dengan pemilik kereta yang tular bagi membuat pemeriksaan.

Beliau berkata, hasil soal siasat pemandu kereta yang bekerja sebagai tukang rumah mendakwa menghisap gam.

“Bagaimanapun, isterinya menafikan ada menghisap gam selain ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua mereka negatif.

“Kedua-dua mereka kemudian dibebaskan sejurus soal siasat selesai dijalankan,” katanya.



Mengulas lanjut, Christopher berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Penumpang hisap ganja punca penerbangan tergendala lima jam

Hisap gam dalam kereta, suami isteri disiasat polis

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button