Indonesia sudah seret hakim rasuah ke mahkamah, Malaysia belum lagi.  



 

Oleh Adam Malik

Kerajaan Indonesia melalui agensi Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) telah menyeret seorang Hakim Mahkamah Agong nya untuk dibicarakan atas dakwaan menerima rasuah.

Hakim Sudrajad Dimyati telah didakwa telah menerima rasuah seperti kenyataan yang diberi oleh Pengerusi KPK Firli Bahuri kepada sidang media.

Maka dengan ini jelas tiada siapa dilindung dibawah undang2 negara Indonesia jika didapati dibawah kesalahan rasuah.



Di Indonesia tidak pula ada ‘jargon2 undang2 untuk dimanupulasi demi melindung pesalah rasuah tidak kira sama ada pelaku ada lah hakim atau pun rakyat biasa.

Sebalik nya di Malaysia , apabila seorang hakim disyaki menerima rasuah ada pula pihak yang memanipulasi konon2 nya ia satu pelanggaran “Separation of Powers”.

Pelakuan rasuah seorang hakim segera dimainkan isu  sebagai mencerobohi terma pengasingan kuasa, sedangkan ia sekadar perbuatan rasuah.

Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes SRC Datuk Seri Najib Razak telah mendapat sokongan “Bar Council” apabila dia sepatut didakwa atas tuduhan menerima rasuah.



Bar Council telah sanggup mengadakan “Walk for justice”demi mahu melindung Nazlan.

Kes DSNR yang dianggap sebagai kes politik Pakatan Harapan dan Tun Mahathir dan telah mendapat perhatian dunia dan rakyat atas tatacara ia dibicarakan.

Maka apabila Hakim Nalzan didapati disiasat oleh kedua PDRM dan SPRM atas tuduhan rasuah dan pembuktian telah menerima wang sogokan masuk kedalam akaun nya , maka sudah pasti pihak tertentu akan cuba halang Nazlan disiasat kerana tidak mahu kes DSNR digugurkan kerana Hakim sudah tercemar statusnya tambah lagi terbabit sama dalam kes yang dia kendali.

Hal hakim mahkamah Agung Indonesia didakwa kerana rasuah menjadikan persoalan besar di Malaysia kenapa Malaysia masih tidak mendakwa Hakim Nazlan lagi.



Selain itu kerajaan Malaysia masih berhutang kes rasuah  bekas Gabenor Bank Negara yang juga belum didakwa dakwa lagi.

Kes rasuah Tan Seri Zeti Aziz menjadi bahan bualan dunia apabla seorang saksi dari Goldman Sach , Timothy Leissner mendakwa di mahkamah Brooklyn , Amerika  bahawa Jho Low telah memberi sogokan kepada Zeti Aziz untuk meluluskan bon secara pantas kilat.

Dengan pendakwaan terhadap seorang hakim mahkamah Agung Indonesia kerana rasuah , Nampak nya Indonesia telah lebih jauh kehadapan dari Malaysia dalam memerangi Rasuah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker