EU gesa Israel henti ceroboh, musnahkan penempatan Palestin

10/02/2021 02:31 PM

BRUSSELS, 10 Feb — Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa menggesa Israel berhenti memusnahkan kediaman rakyat Palestin dan sebaliknya memudahkan akses kemanusiaan ke komuniti itu, lapor Agensi Anadolu.

Blok itu tegas menentang “dasar penempatan Israel dan tindakan yang diambil dalam konteks itu, seperti pemindahan paksa, pengusiran, pemusnahan dan merampas rumah,” kata jurucakap dasar luar Suruhanjaya Eropah dalam satu kenyataan.

Menurut EU, kira-kira 60 rakyat Palestin – 35 daripadanya kanak-kanak – telah dipindahkan sejak rejim Israel merampas dan merobohkan 46 rumah milik keluarga Palestin di Hamsa al-Foqa di lembah Jordan utara.



Kenyataan itu menyebut tindakan zionis sepanjang tahun lepas “satu perbuatan yang amat dikesali” dan tetap diteruskan walaupun diketika COVID-19.

EU menganggap tindakan Israel itu “tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan sebagai penghalang kepada penyelesaian dua negara,” tambah jurucakap itu.

Kenyataan tersebut mengulangi gesaan blok itu sebelum ini supaya Israel menghentikan semua peluasan penempatannya “di Timur Baitulmaqdis dan kawasan sensitif seperti Har Homa, Givat Hamatos dan E1.”

Perdana Menteri Israel Netanyahu Mei lalu mengumumkan kerajaannya secara rasmi akan menduduki Lembah Jordan dan semua blok penempatan di Tebing Barat.



Seperti kebanyakan masyarakat antarabangsa, EU tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah yang telah didudukinya sejak 1967.

EU berulang kali menggesa Israel menghentikan semua kegiatan pencerobohannya dan memusnahkan semua penempatan yang dibinanya sejak 2001.

EU dijangka beri vaksin COVID-19 sebelum akhir tahun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker