Katak mutan hitam ditemukan berhampiran loji nuklear Chernobyl

Katak mutan hitam ditemukan berhampiran loji nuklear Chernobyl
KYIV: Sekumpulan saintis menemukan sejumlah katak mutan berwarna hitam berhampiran loji janakuasa nuklear Chernobyl di utara Kyiv, Ukraine.
Penemuan itu dibuat kira-kira 36 tahun selepas berlakunya bencana Chernobyl yang dianggap malapetaka nuklear terburuk dalam lipatan sejarah Ukraine dan seluruh dunia.
Lapor Daily Mail, spesies katak pokok biasanya berwarna hijau muda namun saintis menemukan banyak haiwan ambifia itu yang mempunyai kulit lebih gelap atau hitam.
Penyelidik dari Universiti Oviedo di Sepanyol, Dr. Orizaola berkata, pasukan saintis menemukan katak tersebut pada hari pertama bekerja di loji Chernobyl.
“Kami sedang mencari spesies ini berhampiran loji janakuasa yang musnah dan menemukan banyak katak yang berwarna hitam.
“Kami tahu melanin merupakan punca warna gelap atau hitam yang berlaku pada kebanyakan organisma termasuk katak.
“Pada masa sama, kami juga tahu melanin melindungi kerosakan disebabkan pelbagai jenis sinaran daripada UV kepada sinaran mengion,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
Bagi tujuan kajian, Orizaola bersama penyelidik, Pablo Burraco mengumpul lebih 200 ekor katak jantan dari 12 kolam pembiakan berbeza dengan tahap radiasi berbeza.
Pasukan itu mendapati katak dalam zon pengecualian, berwarna lebih gelap berbanding spesies haiwan ambifia itu dari lokasi lain.
“Meskipun tiada kaitan antara katak berwarna hitam dan lokasi paling banyak radiasi namun terdapat perkaitan dengan tempat terjejas teruk dari masa tragedi itu berlaku,” katanya.
Pada 1986, reaktor nombor empat loji janakuasa nuklear Chernobyl di Ukraine meletup ketika satu ujian keselamatan sehingga menyaksikan pelepasan bahan radioaktif terbesar dalam alam sekitar.
Para saintis berpandangan kulit katak bermutasi hitam itu mungkin membantu spesies itu bertahan dalam zon pengecualian yang mengehadkan akses 2,589 kilometer persegi di sekitar lapangan itu.
Katak mutan hitam ditemukan berhampiran loji nuklear Chernobyl
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15
- PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!
- Apa guna jadi ‘Poster Boy’ PRU15?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan