Messi dah mula buat perangai

Paris: Penyokong Paris Saint-Germain yakin Lionel Messi akan meninggalkan kelab berdasarkan sikapnya yang ditunjukkan selepas tewas kepada Rennes.

Juara Ligue 1 itu tewas mengejut 0-2 di tempat sendiri semalam, kekalahan keempat mereka dalam lapan perlawanan.

Penyokong PSG yang berang mengejek pemain sendiri pada babak kedua dan selepas tamat perlawanan, Kylian Mbappe mengetuai rakan sepasukan bertepuk tangan tanda terima kasih kepada penyokong mereka.

Namun Messi yang jelas kecewa tidak menyertai rakan sepasukannya dan bergegas ke terowong dengan raut wajah yang tampak bosan.



Kontrak pemenang Piala Dunia itu di Paris tamat penghujung musim ini dengan pilihan lanjutan setahun.

Penyokong yakin Messi akan meninggalkan PSG dengan seorang daripadanya berkata: “Pastinya tugas dengan Paris sudah berakhir.”

Seorang lagi berkata: “Dia sepatutnya pulang ke tempat di mana dia disayangi dan dihormati.”

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker