Pemandu maut tercampak keluar dalam kemalangan tiga kereta

Pemandu maut tercampak keluar dalam kemalangan tiga kereta

Pemandu maut tercampak keluar dalam kemalangan tiga kereta
Seorang pemandu kereta maut selepas kenderaannya dilanggar dari belakang dan terbabas ke tepi jalan dekat KM 37.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) menghala Sedenak di sini, awal pagi tadi. – Foto JBPM

Kulai: Seorang lelaki maut akibat tercampak keluar daripada kereta dipandunya yang dilanggar daripada belakang dan terbabas di Kilometer 37.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pemandu Perodua Viva berusia 42 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang turut membabitkan tiga kereta.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 6.10 pagi berhubung kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu dua Perodua Viva dan sebuah Proton Persona.



Beliau berkata, kereta dipandu mangsa dipercayai dilanggar daripada belakang oleh Proton Persona dipandu seorang lelaki dari arah sama.

“Pada masa yang sama, datang sebuah lagi Perodua Viva melanggar bahagian belakang Proton Persona,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beng Yeow berkata, berikutan itu pemandu Perodua Viva yang terbabas ke kiri jalan dan berusia 42 tahun, parah di bahagian badan dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya, pemandu sebuah lagi Perodua Viva wanita berusia 37 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan, manakala, pemandu Proton Persona dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan oleh orang awam.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Bahtiar Selamat berkata, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan berhubungan kemalangan itu dan bergegas ke lokasi bagi membantu menyelamatkan mangsa kemalangan yang dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira dua meter.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.23 pagi dan seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Seorang daripada pemandu Perodua Viva tercampak sejauh dua meter dari keretanya akibat kemalangan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Fauzi Che Deris itu ditamatkan pada jam 7.30 pagi.

Dua maut tercampak keluar dari kereta

Pemandu maut tercampak keluar dalam kemalangan tiga kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker