Daesh disyaki dalang kejadian bom di perhimpunan politik

Daesh disyaki dalang kejadian bom di perhimpunan politik

Daesh disyaki dalang kejadian bom di perhimpunan politik
Anggota keselamatan memeriksa lokasi kejadian pengeboman bunuh diri di Bajaur. – FOTO AFP

Islamabad: Kumpulan ekstrimis Daesh disyaki dalang di sebalik kejadian pengeboman bunuh diri ketika perhimpunan politik pada Ahad, agensi berita Jerman (dpa) memetik pegawai penyiasat Pakistan.

Seorang penyerang bertindak meletupkan dirinya di tengah-tengah perhimpunan parti politik di Bajaur, iaitu kawasan pergunungan berhampiran sempadan Afghanistan yang pernah dikuasai oleh Taliban.

Sekurang-kurangnya 46 orang maut, manakala lebih 150 lagi cedera.

Kira-kira 90 orang yang cedera masih dirawat di hospital di wilayah barat laut Khyber-Pakhtunkhwa, kata pegawai penyelamat Bilal Faizi.

Ketua polis wilayah Akhtar Hayat Khan berkata ujian DNA sedang dijalankan untuk mengenal pasti pengebom berkenaan.

Sekurang-kurangnya tiga suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden itu ditahan dan sedang disoal siasat oleh agensi perisikan dan penguatkuasaan undang-undang, kata ketua polis tempatan Nazir Khan.

“Apa yang kami simpulkan daripada siasatan awal ialah serangan itu membawa ciri Daesh,” tambah Khan.

Daesh disyaki dalang kejadian bom di perhimpunan politik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker