JKM cari ibu kandung bayi perempuan ditinggalkan di hospital

Kuala Lumpur: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di wad Hospital Tunku Azizah, di sini, pada 27 Disember tahun lalu.

Menurut pejabat Kebajikan Daerah Hulu Langat, ibu kandung kepada bayi perempuan itu bernama K Dewi berdasarkan maklumat diperolehi daripada hospital berkenaan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung ibu kandung bayi berkenaan diminta untuk menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat di talian 03-83738007 untuk tindakan lanjut,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker