Teka Teki Pembubaran Parlimen Tamat

Teka Teki Pembubaran Parlimen Tamat

Teka Teki Pembubaran Parlimen Tamat

Akhirnya teka teki mengenai pembubaran parlimen tamat.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaacob, secara rasmi mengumumkannya di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, sebentar tadi.

Dengan pengumuman Ismail Sabri, secara rasminya, parlimen penggal ke 14 ditamatkan berkuatkuasa pada hari ini, 10 Oktober 2022.



Mengikut perlembagaan, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mempunyai tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen untuk membuat pilihanraya umum.

Sebelum kerajaan baharu dibentuk selepas PRU 15, Ismail Sabri akan bertindak sebagai Perdana Menteri Interim dalam ‘care taker government’.

Selaras dengan pengumuman pembubaran parlimen di peringkat pusat, beberapa negeri yang berada di bawah pentadbiran BN, dijangka akan melakukan perkara yang sama.

Negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran BN ialah Perlis, Perak, Melaka, Johor dan Pahang.



Namun begitu untuk negeri Melaka dan Johor, kerajaan negeri dijangka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri kerana baru melalui pilihanraya negeri.

Begitu juga negeri Sabah dan Sarawak, dijangka tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri atas alasan yang sama.

Bagi negeri yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, juga dijangka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ini berdasarkan kenyataan yang pernah dibuat oleh beberapa pemimpin mereka.

Antara negeri tersebut ialah Pulau Pinang (DAP/PH), Kedah (PAS/PN), Selangor (PKR/PH), Negeri Sembilan (PKR/PH), Kelantan (PAS/PN) dan Terengganu (PAS/PN).

Tarikh penamaan calon, tempoh berkempen, tarikh undi awal serta tarikh pembuangan undi akan diumumkan oleh SPR selepas mendapat makluman rasmi dari Speaker Parlimen.

 

Teka Teki Pembubaran Parlimen Tamat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker