20 sahabat kumpul RM1,600 beli laptop baharu demi kawan sambung belajar

Lain macam ‘friendship’ lelaki, ... Berkat suka tolong orang!

20 sahabat kumpul RM1,600 beli laptop baharu demi kawan sambung belajar

 

20 sahabat kumpul RM1,600 beli laptop baharu demi kawan sambung belajar
Video seorang pemuda menerima hadiah sebuah laptop daripada rakan-rakannya mengundang sebak netizen.
TINDAKAN sekumpulan sahabat lelaki menghadiahkan sebuah komputer riba untuk salah seorang rakan mereka menyentuh hati orang ramai.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 34 saat yang dikongsi Farhan Azman, 20, di TikTok, rata-rata netizen turut sebak tatkala melihat momen rakan mereka yang menerima hadiah berkenaan mengesat air mata.

Bercerita tentangnya, Farhan berkata rakan mereka iaitu Nazrul, 20, memerlukan komputer riba berkenaan bagi menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu.

https://www.instagram.com/reel/CjjqJOMJWpo

Ujar Farhan lagi, laptop berharga RM1,600 itu merupakan hasil sumbangan daripada 20 orang lagi rakan-rakan lain.

“Kami tahu Nazrul dapat sambung pengajian di Unisza. Dia antara kawan paling lambat masuk universiti sebab pendapatan keluarga dia yang tak berapa mampu nak menanggung kos pengajian.

“Saya dan kawan-kawan lain buat rancangan nak kumpul duit bagi dekat dia. Tambahan pula kami dapat tahu dia baru kehilangan dompet. Kami wujudkan satu grup di WhatsApp untuk berbincang dan kumpulkan duit sebelum dia mendaftar 10 Oktober baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Jumlah terkumpul ialah RM1,600. Salah seorang rakan iaitu Fakhri beri RM1,000. Dia yang minta kami belikan Nazrul laptop tu. Fakhri tak dapat belikan sendiri sebab dia dah pindah sekolah sejak kami tingkatan tiga lagi,” kata Farhan kepada mStar.

Imbas Farhan, setelah menerima amanah daripada rakan-rakan, dia kemudiannya menguruskan hal pembelian laptop berjenama Lenovo itu.

Jelasnya yang berasal dari Kerian, Perak, dia membeli laptop tersebut pada 7 Oktober lalu selepas pulang dari tempat kerja.

 

20 sahabat kumpul RM1,600 beli laptop baharu demi kawan sambung belajar
Perbualan antara Farhan dan Fakhri ketika membuat transaksi wang.

“Saya pergi semua kedai yang menjual laptop, setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa sebuah model yang dijual pada harga RM1,700. Lebih sedikit daripada bajet kami. Tapi saya cuba tawar menawar sampailah dapat beli dengan harga RM1,600.

“Memang rezeki Nazrul nak sambung belajar guna laptop baharu. Jadi malam tu kami pun teruskan dengan rancangan ajak dia melepak di kedai makan,” ujarnya lagi.

Hingga kini video yang dikongsikan Farhan meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan.

Kami tak kisah bagi barang mahal sebab Nazrul suka belanja orang dengan bayar makan minum kawan-kawan dalam diam.

FARHAN

Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan Farhan dan rakan-rakannya terhadap Nazrul.

Dalam pada itu Farhan berkata sikap Nazrul yang baik hati serta suka membantu orang membuatkan rakan-rakan ingin membalas jasanya dengan sesuatu yang amat berguna.

“Tak sangka pula video tu boleh viral. Mungkin netizen sedih tengok Nazrul terharu sampai mengalirkan air mata, 30 minit juga dia menangis tak berhenti.

20 sahabat kumpul RM1,600 beli laptop baharu demi kawan sambung belajar

Farhan (kiri dari barisan bawah) bersama bekas rakan-rakan sekolahnya.“Kami tak kisah nak bagi barang mahal dekat dia sebab Nazrul ni suka belanja orang. Dia akan bayar makan dan minum kawan-kawan dalam diam. Padahal dia bukanlah orang senang.

“Apa-apa pun saya dan kawan-kawan lain harap Nazrul gembira dengan pemberian tu. Semoga dia pergi ke Unisza dengan selamat dan pulang dengan kejayaan. Jangan lupa kami semua ni sahabat dunia akhirat dia,” kata Farhan lagi.

 

20 sahabat kumpul RM1,600 beli laptop baharu demi kawan sambung belajar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?


 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker