Air pasang besar di Kuala Kedah

Alor Setar: Air pasang besar di Kuala Kedah, awal pagi hari ini, menyebabkan air laut mencecah setinggi 2.92 meter (m) dan menenggelamkan beberapa kawasan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, bacaan paras air laut itu melepasi ramalan iaitu 2.90 m.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada rumah yang terjejas dalam kejadian itu.

“Anggota kami melakukan pemantauan di sekitar kawasan Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Kampung Tepi Laut.

“Pemantauan dilakukan bermula jam 1.15 pagi hingga 2.30 pagi.

“Terdapat sedikit kenaikan paras air di Pasar Kota Nelayan kesan daripada air pasang besar, namun tiada peningkatan paras air di Terminal Feri Kuala Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Norlizawati berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan di sekitar kawasan berisiko banjir di sekitar kawasan sungai di daerah Kota Setar.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati, paras air di lokasi di sungai terbabit menunjukkan penurunan.

“Setakat ini hanya dua rumah di Kampung Alor Gunong terjejas akibat dinaiki air tetapi hanya membabitkan bahagian luar rumah,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker