Kertas siasatan kes gaduh sesama jiran di Dengkil sudah di tangan pendakwa

Kertas siasatan kes gaduh sesama jiran di Dengkil sudah di tangan pendakwa

Kertas siasatan kes gaduh sesama jiran di Dengkil sudah di tangan pendakwa

SEPANG: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes rusuhan yang membabitkan sesama jiran di Kampung Baru, Dengkil, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ia termasuk mengambil keterangan daripada individu yang melakukan ugutan bunuh dengan cara menembak mangsa menggunakan senapang.

Katanya, kertas siasatan yang lengkap itu juga sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Semua 14 individu yang ditahan daripada kedua belah pihak juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin lalu termasuk mangsa serangan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam insiden kira-kira jam 10.15 malam itu, seorang pemandu lori, Teo Chit Keong, 44, cedera selepas dibelasah 30 individu akibat menegur jiran untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan.

Ketika kejadian itu, mangsa bukan sahaja dipukul menggunakan objek keras seperti bata, topi keledar dan batang mop, malah turut diugut bunuh dengan senapang.

 

Kertas siasatan kes gaduh sesama jiran di Dengkil sudah di tangan pendakwa
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof. – Foto fail BERNAMA

Wan Kamarul mengesahkan insiden rusuhan sesama jiran itu dikenalpasti berpunca dari kenderaan di parkir yang menghalang laluan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148/506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kertas siasatan kes gaduh sesama jiran di Dengkil sudah di tangan pendakwa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker