Bubar DUN: PH Pulau Pinang rujuk Majlis Presiden

Georgetown: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sebulat suara merujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berhubung keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang atau tidak.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang masih mengunci mulut berhubung kata putus yang dicapai berkata, setiap wakil parti akan merujuk keputusan tersebut kepada pimpinan pusat masing-masing.

“Parti AMANAH dan PKR saya percaya ada mesyuarat masing-masing dan mungkin Majlis Presiden PH akan bermesyuarat saya rasa Rabu.



“Dalam tempoh pilihan raya setiap hari boleh diadakan beberapa jenis mesyuarat bagi mencapai keputusan bagi menggerakkan langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat PH Pulau Pinang di sini, hari ini.

Kon Yeow ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung pendirian tidak membubarkan DUN berkata, setakat ini pendirian tersebut masih sama namun tetap akan merujuk hasil perbincangan bersama PH negeri dalam mesyuaratJawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) malam ini.

“Ketetapan sebelum ini memang tak bubar tetapi kita akan rujuk kepada pimpinan pusat untuk arahan keputusan dan semua akan dihujahkan dalam mesyuarat (DAP) peringkat pusat nantilah, malam ini,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button