Budak dua tahun maut kereta dipandu bapa langgar lori

SEPANG: Seorang kanak-kanak maut selepas kereta dipandu bapanya melanggar belakang lori di Jalan Besar Rancangan Tanah Belia (RTB), Bukit Changgang menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Banting berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.58 pagi dan tiba di tempat kejadian pada jam 11.16 pagi bersama lima anggota dan pegawai.

Katanya, nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dinaiki dua beranak yang melanggar belakang lori tiga tan berhampiran lampu isyarat.

“Susulan rempuhan itu, pemandu kereta tersepit di tempat duduk manakala anak lelakinya yang berusia dua tahun tercampak ke belakang.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.”

“Bapa mangsa yang cedera parah dikeluarkan dengan bantuan bomba dan dihantar ke Hospital Banting bagi rawatan lanjut,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker