Diaz cedera, diketepikan hingga tamat Piala Dunia

LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Diaz akan diketepikan hingga selepas Piala Dunia berikutan kecederaan lutut, mengikut laporan hari ini.

Diaz mengalami kecederaan pada babak pertama kekalahan 3-2 Liverpool kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Ahad lalu.

Pemain berusia 25 tahun dari Colombia itu meninggalkan Stadium Emirates dengan memakai tongkat manakala lututnya dibalut.

Ujian imbasan mendedahkan bahawa Diaz tidak memerlukan pembedahan, namun dilaporkan kecederaan itu boleh menyebabkan dia diketepikan hingga selepas Piala Dunia yang akan bermula pada 20 November.

Diaz akan terlepas sekurang-kurangnya 10 aksi buat skuad kendalian Jurgen Klopp yang kini 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Arsenal.

Ia satu lagi ancaman besar buat Liverpool berikutan Diaz muncul sebagai pemain berpengaruh sejak menyertai kelab itu dari Porto pada Januari.

Dia berharap akan kembali beraksi apabila Liga Perdana bersambung pada Disember selepas Piala Dunia.

Skuad Reds juga sudah berdepan masalah kecederaan dengan Trent Alexander-Arnold masih menanti keputusan kecederaan pergelangan kaki ketika berdepan Arsenal.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker