Hospital Cyberjaya akan beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu bersetuju Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengoperasian hospital berkenaan sebagai hospital pakar major dilaksanakan secara berfasa bermula 11 November ini dengan menawarkan sebanyak 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan.

Katanya, ia membabitkan Perkhidmatan Kecemasan, Perubatan Am, Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pediatrik, Ortopedik, Anestesiologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Radiologi, Patologi, Psikiatri dan Kesihatan Mental, Rehabilitasi dan Pergigian.

“Di peringkat awal fasa pengoperasian, Hospital Cyberjaya melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anesthesiologi, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

“Pada 5 Mei tahun lalu Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip dengan hala tuju pengoperasian Hospital Cyberjaya dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan pajakan dengan terma dan syarat serta perbincangan terperinci diterajui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebahagian daripada bangunan di dalam kawasan Hospital Cyberjaya dibuka dan beroperasi sebagai Kilinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar pada 1 November ini.

© Utusan Online 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker