Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal

“Lagu hebat, penyanyi pun kena hebat” - 

Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal

Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal
Jac pilih Aina untuk bantu buat persembahan terbaik.

PENYANYI Jaclyn Victor memberitahu pemilihan Aina Abdul sebagai rakan duet bagi cabaran minggu kelima pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bukan bertujuan untuk berlawan kekuatan vokal sesama sendiri.

Sebaliknya kata Jaclyn, dia melihat kemunculan Aina nanti dapat melengkapkan persembahannya selain menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang bijak.

“Saya tidak rasa akan jadi ‘perang’ vokal antara kami nanti… Aina seorang penyanyi yang bagus. Dia tahu untuk buat persembahan bersama supaya tidak nampak ada persaingan antara kami.



“Aina juga seorang yang bijak dalam muzik. Saya mengundangnya untuk bantu buat persembahan, bukan untuk gaduh atas pentas.

Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal
Jac rancang strategi untuk terus bersaing.

“Saya gembira dapat menyanyi bersama Aina. Sekurang-kurangnya dia dapat hilangkan rasa gemuruh saya,” katanya kepada mStar.

Jac dan Aina bakal berduet menerusi lagu berjudul Cinta yang sebelum ini dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh.

Dalam pada itu, Jac berkata, pemilihan Aina turut bertepatan dengan peluang menyampaikan lagu yang pernah mendapat pengiktirafan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) berkenaan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Ini kerana kata Jac, lagu yang hebat seperti Cinta memerlukan persembahan terbaik dan yakin mereka dapat melakukannya di pentas GV9.

Lagu Cinta juga sangat kuat. Jadi kalau lagu sudah bagus kenalah pilih penyanyi yang hebat. Itu adalah strategi saya

JACLYN VICTOR

PENYANYI

“Semestinya saya mahukan rakan duet yang tidak banyak buat kesalahan ketika menyanyi dan Aina adalah salah seorang penyanyinya. Dia bakat muda yang mempunyai rekod cemerlang.

“Lagu cinta juga sangat kuat. Jadi kalau lagu sudah bagus, kenalah pilih penyanyi hebat. Itu adalah strategi saya,” ujarnya.

 

Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal
Persembahan memukau Jac di minggu keempat GV9.

Sementara itu, Jac juga memberitahu dia sempat menghubungi Marsha sebelum ini ketika membuat keputusan menjadikan lagu Cinta sebagai salah satu pilihan nyanyian di GV9.

Belum pernah menyanyikan lagu berkenaan secara penuh dalam mana-mana persembahan, Jac berharap kali ini dia dapat memberi kelainan sekali gus memikat hati juri.

Jac yang menyanyikan lagu berjudul You Raise Me Up pada minggu keempat GV9 ahad lalu berjaya menduduki tempat pertama dengan kutipan markah juri sebanyak 85 peratus.

Kak Lina ‘Masuk’ Tengah Pentas, Jaclyn Respons Hal Sebenar

Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker