Bapa didakwa dera anak kandung

Oleh – Syeikh Baran


Bapa didakwa dera anak kandung
FOTO HIASAN

Seorang pekerja buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan kandungnya berusia lima tahun, Isnin lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Firdaus Hasan, 31, didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa di sebuah rumah di Persiaran Klebang Selatan 7, Taman Bertuah Ipoh, di sini, kira-kira jam 8 malam 5 Februari lalu.



Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haiqal Asyraf Suhaimi di hadapan

Hakim Ainul Shahrin Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 sebelum tertuduh yang juga bapa kepada dua anak memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan pendapatannya sebagai buruh kontrak hanya RM1,500 sebulan dan perlu menyara isteri serta dua anak, selain mempunyai beberapa hutang.



Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh sebutan semula kes 27 Mac depan.

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading