Mahathir umum akan pertahankan kerusi Parlimen Langkawi

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan mempertahan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengumumkan perkara tersebut dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

“Kita membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr. Mahathir Mohamad. Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat sahaja,” katanya.

Beliau berkata, GTA memutuskan tidak menamakan calon bakal Perdana Menteri ketika ini kerana ia hanya relevan jika gerakan itu menang pada PRU15.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker