Nadia Brian Selesa Bersendiri

Bawa Watak Berat Dalam Drama Suri Hati

Nadia Brian Selesa Bersendiri

Nadia Brian Selesa Bersendiri

Biarpun sudah menjayakan pelbagai karakter, namun itu bukan ‘tiket’ untuk pelakon Nadia Brian bersenang-lenang ketika berada di lokasi penggambaran.

Kena ‘extra’ fokus

Nadia Brian Selesa Bersendiri



Ketika ditemui OhBulan!, Nadia mengakui sangat berat membawa watak sebagai Laila dalam drama Suri Hati.

Kata aktres berumur 31 tahun itu, dia banyak bersendirian di set penggambaran kerana perlu mendalami pelbagai jenis emosi.

Cabaran sepanjang penggambaran drama ini bila satu hari, kita kena bawa pelbagai jenis emosi. Dan saya memang perlukan waktu untuk bersendirian dan nasib baik juga la kawan-kawan semua mainkan peranan.

Jadi, bila saya perlukan tumpuan lebih mereka akan bagi peluang itu untuk saya. Keseluruhan, kawan-kawan dan pengarah sangat membantu dalam menjayakan watak berat ini.



Ada nota catatan

Nadia Brian Selesa Bersendiri

Tambah pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, dia juga masih membawa nota catatan bagi membantu dirinya ketika berlakon.

Pelakon ini kena peka dan ada nota catatan. Walaupun ada yang kata ‘eleh’, tetapi memang membantu saya ketika berlakon. Itu salah satu rahsia saya.

Sebelum mula bekerja, kami akan gelak tawa tetapi apabila kamera ‘on’, macam-macam jenis perasaan dalam satu nafas dan nada. Itu paling sukar yang saya pernah buat.



Dalam pada itu, peneraju utama filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda menyatakan dia tidak memerlukan waktu yang lama untuk mewujudkan keserasian bersama barisan pelakon lain.

Sama juga, kalau orang tanya macam mana nak build chemistry dengan partner kena skandal atau tak? Jawapan saya tidak. Itu saya.

Sebab bila you action you can like literally bagi je semua (lakonan dan watak yang dibawakan) itu bezanya lah.. Dan, Alhamdulillah, ia berkat kelas lakonan yang didedahkan kepada saya sejak saya masih kecil.

Selain Nadia, drama Suri Hati arahan Azhar Khalid turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Puteri Sarah Liyana, Melanie Tan, Adriana Adnan, Shakilla Khoriri, Fahrin Ahmad, Ikhwan Khairudin, Faizul Syaharin, Shajiry dan Ameerul Asyraf.



Drama Suri Hati akan mula ditayangkan mulai 12 Oktober (esok), setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Samarinda TV3.

Sumber: Instagram @nadia.brian

Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?



 

Nadia Brian Selesa Bersendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button