Penoreh getah mengaku bersalah atas tuduhan sengaja pukul ibu kandung

ALOR SETAR – Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan dengan sengaja memukul ibu kandungnya, 6 Oktober lalu.

Tertuduh Md Akhir Aziz, 47, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim, Noor Zaihan Mohamad Ali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandungnya Rahmah Din, 68, di sebuah rumah di Kampung Perik Mukim Kurung Hitam, Padang Terap pada jam 6.30 petang 6 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325 kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.



Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya, Siti Nurul Suhaila Bahari menawarkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh.

Hasil siasatan awal polis mendapati tertuduh bertindak menampar pipi kiri sehingga patah gigi serta menendang ibunya.

Sebutan semula kes 14 November depan.

© Astro Awani 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker