Modric luar biasa buat kami – Sosa

Doha: Pemain pertahanan Croatia, Borna Sosa berkata menewaskan Brazil adalah satu “perasan terbaik pernah dirasakan” selepas pasukannya menyingkirkan juara lima kali itu dari Piala Dunia seterusnya mara ke separuh akhir di Qatar.

Perlawanan yang terpaksa di bawa penentuan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 yang akhirnya menyaksikan Croatia menang menerusi penentuan penalti 4-2.

“Terdapat banyak emosi, banyak air mata gembira di sana,” kata Sosa.

“Kami benar-benar menunjuk banyak keputusan yang baik untuk negara kami.

“Tiada siapa yang menjangkakan ini, tiada siapa yang percaya kami, tidak pernah, jadi itulah sebabnya ia benar-benar emosi apabila anda capai ke tahap seperti ini dan menewaskan Brazil.

“Bagi saya Brazil adalah bola sepak dan bola sepak adalah Brazil. Menewaskan Brazil mungkin ia adalah rasa yang terbaik yang pernah ada.”

Pemain tengah berpengalaman Luka Modric mengambil salah satu sepakan penalti Croatia.

“Bagi saya dia adalah pemain tengah terbaik sepanjang zaman, sejujurnya bagi saya tiada siapa dan sama sekali tiada sesiapa pun beraksi pada tahap sepertinya pada usia 37 tahun,” kata Sosa.

“Dari tahun ke setahun dia menunjukkan betapa pentingnya seorang pemain untuk kami dan Real Madrid dan apabila berada dalam situasi penting dia memberikan kami pengalaman dan keyakinan.

“Dia benar-benar tenang dengan bola dan berharap dia akan kekal bersama kami selagi boleh.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker