PRU15 – BN dalam posisi ‘attack mode” , PH, PN dan Mahathir berkedudukan bertahan.

 

Oleh Adam Malik

Kitaran berita lama sudah tidak laku lagi untuk menghadapi PRU15.



Jika PH , PN dan Tun Mahathir pilih untuk main isu 1MDB atau Najib Razak, maka boleh lah dianggap mereka telah gali lubang kubur mereka sendiri.

PN, PH dan Tun Mahathir telah ‘screwed up big time’ apabila telah gagal mentadbir negara selama 22 bulan dan 17 bulan.

Setetah mencapai kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional dan mengambil alih menjadi kerajaan , PH, PN dan Tun Mahathir tidak mengambil kesempatan menunjuk kehebatan mentadbir negara dengan lebih baik dari kerajaan BN.

Sebaliknya , terus menerus dengan berpolitik secara kebudak budakan , tidak matang dan penuh tipu daya.



Peluang menjadi kerajaan dan menunjuk kan kebaikan kepada rakyat telah menjadi “missed opportunity” dan terlepas begitu sahaja.

Jika sebelum ini kerajaan BN sentiasa umum bantuan , umum kebajikan dan pelbagai insentif kepada rakyat , PH pula umum pelbagai penarikan bantuan , henti kebajikan dan batal peruntukan yang BN telah berikan.

Jika PH dan Tun Mahathir sebelum jadi kerajaan sentiasa bercerita tentang hutang , namun apabila ambil alih, PH dan Tun Mahathir pula yang menambahkan hutang dan bon.



Selain itu, selama 22 bulan PH dan Tun Mahathir hidup atas wang peninggalan BN melalui penjualan aset.

Aset yang PH dan Tun Mahathir jual bernilai hampir RM100 bilion tanpa ada membeli atau mencipta aset baru.

Maka ini lah antara contoh kegagalan kerajaan PH dan Tun Mahathir.

Maka , pada PRU15 , BN dikatakan telah banyak kumpul peluru untuk menyerang PH, PN dan Tun Mahathir.



 

Tun Mahathir pula sudah kehabisan modal , dan tiada lagi apa2 keburukan BN , Najib Razak dan Zahid untuk diceritakan , kerana semua sudah didedahkan.

Sebaiknya, Tun Mahathir dan pemimpin PH mati akal berkenaan hutang baru . wang pulangan 1MDB , penipuan janji manifesto dan kes rasuah Bekas Gabenor Bank Negara dan rasuah Hakim SRC yang mereka serok.

Tun Mahathir pula menghadapi kes penggadaian Pulau Batu Puteh yang diserah kepada Singapura secara buat keputusan sendiri dan tergesa gesa seolah olah takut kepada ugutan Singapura.



Tun Mahathr cuba putar belit rakyat dengan pelbagai alasan kenapa dia buat keputusan serah Pulau kepada Singapura , sedangkan isu induk adalah “membuat keputusan secara sendiri” itu kesalahan nya dan bukan sebab2 yang Tun Mahathir cuba pedaya rakyat.

Ahirnya kini, Tun Mahathir cuba rosak kan imej Tan Sri Apandi Ali  supaya dapat menukar orang lain sebagai Pengerusi panel siasatan.

Banyak sangat kecacatan yang ada pada kerajaan 22 bulan dan 17 bulan untuk ahli UMNO jadikan bahan serangan.

Ini belum lagi soal ekonomi dan kegagalan PH uruskan.



Belum juga soal Rasuah dan soal hubungan luar negara yang PH hancurkan.

Dr Puad Zarkahi sempat memberi pesan ,pada PRU 15 ini , BN berada didalam posisi menyerang dan bukan posisi bertahan.

Terlalu banyak peluru untuk disasarkan kepada PH dan Tun Mahathir , semoga ahli UMNO tidak pula terhegeh hegeh melayan serangan kerana sepatut nya BN dan UMNO yang menyerang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button