Paras air semakin surut, Terusan Panama hadkan laluan kapal

Paras air semakin surut, Terusan Panama hadkan laluan kapal

Paras air semakin surut, Terusan Panama hadkan laluan kapal
TERUSAN Panama. FOTO Arkib Reuters

Mexico City: Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Buat masa ini, hanya 32 kapal sehari dibenarkan melalui laluan itu, umum pihak berkuasa pada Selasa.

Sebelum ini, jumlah harian penghantaran dikurangkan kepada kira-kira 36 laluan kapal.

Terusan Panama sepanjang kira-kira 80 kilometer adalah satu daripada laluan air terpenting di dunia yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik di Amerika Tengah.

Kekurangan hujan dan peningkatan suhu mengakibatkan paras air Tasik Gatun surut, menjejaskan kapal untuk melalui laluan itu.

Menurut jurnal perkapalan Lloyd’s List, draf maksimum (sejauh mana kapal berada di dalam air), kapal dibenarkan melalui terusan telah dikurangkan kepada 13.4 meter berbanding paras kebiasaan 15.4 meter.

Selain musim hujan yang sudah bermula dan langkah-langkah untuk menjimatkan air, langkah tambahan perlu diambil, kata Pihak Berkuasa Terusan Panama.

Sekatan itu mungkin mengakibatkan masa menunggu yang lebih lama.

Kira-kira 14,000 kapal belayar melalui Terusan Panama setiap tahun, menyumbang kira-kira enam peratus daripada perdagangan dunia.

Paras air semakin surut, Terusan Panama hadkan laluan kapal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker