Rakyat Mahukan Kerajaan Yang Stabil, Pacu Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR – Nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tentunya sentiasa diambil kira sebelum tarikh Pilihan Raya Umum (PRU)15 diumumkan namun ia perlu dilaksana bagi memastikan negara kembali stabil, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Bastein Onn.

Ini kerana katanya, perkara paling penting UMNO/BN harus meneliti ‘mood’ rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil, memacu ekonomi dan dapat membawa rakyat keluar dari permasalahan yang dihadapi sekarang ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan mengabaikan nasihat MetMalaysia berhubung amaran kaji cuaca dan bencana banjir di seluruh negara.

“Saya percaya Perdana Menteri akan mengadakan pilihan raya dengan melihat laporan dari Jabatan Kaji Cuaca untuk mengelakkan keadaan menjadi sukar,” katanya ketika ditemui UMNO Online di sini.

Kata Ketua Pemuda UMNO Segamat itu juga, PRU perlu disegerakan bagi membolehkan pembentukan kerajaan yang stabil untuk mentadbir negara.

“Langkah tersebut juga dapat memberikan keyakinan kepada pelabur luar untuk terus bertapak di negara ini.

“Tuntutan ini memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh, stabil dan tidak bergantung dengan parti lain dan hanya untuk mentadbir sebuah negara demi rakyat dan sudah tentu UMNO/BN mempunyai strategi yang tersendiri,” ujarnya.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker