Resepi Ayam Sos Tiram

Resepi Ayam Sos Tiram
Resepi Ayam Sos Tiram

Resepi Ayam Sos Tiram

Hi Semua, Che Nom nak share satu resepi buat penggemar lauk ayam, boleh cuba resepi ayam Masak sos Tiram pedas, yang confirm makan nasik menambah-nambah. Cara penyediaannya pun ada sikit berbeza dari biasa, dan rasanya sangat sedap.

Bahan-bahan:

  • 400g ayam
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
  • air tambahan, untuk kuah

Cara Penyediaan:

  1. Potong bawang putih (cincang kasar), bawang holand, cili padi dan daun bawang.
  2. Perap ayam dengan tepung jagung, sos tiram dan kicap cair.
  3. Perap dalam anggaran masa 10 minit.
  4. Panaskan miyak kemudian tumis bawang holand kemudian bawang putih.
  5. Bila bawang putih dah perang dan bawang holand dah lembut, angkat dan ketepikan.
  6. Dalam minyak yang sama, goreng ayam.
  7. Bila ayam sedikit garing, masukkan sos tiram, lada sulah dan air.
  8. Bila ayam dah hampir masak, masukkan cili padi, kicap manis dan daun bawang.
  9. Tambah air bancuhan tepung jagung.
  10. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  11. Masukkan balik bawang goreng tadi dan kacau sekata.

Tip:

  • Bawang perlulah diangkat selepas ditumis. Tujuan supaya ayam lebih garing bila digoreng berasingan.

Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin

Resepi Ayam Sos Tiram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker