SPR bermesyuarat 20 Oktober bincang tarikh penting PRU15

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Bugaya, 20 Oktober ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu berlangsung pada pukul 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut berlangsung.

© Utusan Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker