Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri



Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri
Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri

Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri

Hi Semua, kali ni Che Nom nak share resepi yg selalu masak kat rumah. Family Che Nom memang sukakan sup ayam yang pekat kuahnya. Sebenarnya dah lama nak share resepi ni kat anda semua, , jadi sekarang jom kita tengok cara nak sediakannya, tanpa guna sup bunjut, tanpa guna campuran rempah sup komersial. Kita buat sendiri je…lg sedap.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 1/2 – 1 ekor ayam
    • 2 biji kentang
    • 1-2 batang lobak merah
    • 1 biji tomato
    • daun sup
    • daun bawang
    • bawang goreng
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga
    • 3 kuntum cengkih
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1/2 – 1 biji bawang besar (ikut saiz)
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 1 sudu besar lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Potong carrot (ketulan besar), daun sup (asing bahagian batang dan daun) dan daun bawang.
  2. Hiris kasar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Campurkan rempah sup seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan lada hitam kedalam satu mangkuk.
  4. Masukkan kesemua bahan campuran rempah dan bahan kisar halus kedalam blander, tambah air dan kisar halus.
  5. Panaskan sedikit minyak.
  6. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  7. Masukkan bahan kisar halus.
  8. Kemudian masukkan ayam.
  9. Kacau sampai ayam sedikit kecut.
  10. Masukkan air dan batang sup.
  11. Kemudian reneh sekejap.
  12. Masukkan carrot dan sambung reneh hingga carrot lembut.
  13. Masukkan kentang, kiub ayam, sebuk lada putih, garam, tomato, tabur separuh daun sup.
  14. Tutup api.
  15. Perah sedikit limau nipis
  16. Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Tip:

  • Perahan limau nipis dapat seimbangkan rasa lemah dan berempah sup.

Kari Pekat Ikan Merah

Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker