Villa ikat Forest

NOTTINGHAM, United Kingdom: Sepakan hebat Ashley Young memberikan Aston Villa keputusan seri 1-1 awal pagi tadi berdepan Nottingham Forest yang kini mula menjauhi kedudukan terbawah Liga Perdana.

Emmanuel Dennis meletakkan skuad kendalian Steve Cooper di depan pada awal babak pertama di City Ground sebelum Young mendapatkan gol penyamaan Villa hasil sepakan kencang.

Dengan menamatkan rentetan kalah lima perlawanan, Forest kini satu mata di atas Leicester ke kedudukan ke-19.

Namun Forest hanya menang sekali dalam sembilan aksi liga musim ini dan berdepan pertarungan besar untuk mengelak penyingkiran dan kembali ke Liga Kejuaraan.

“Ia langkah ke arah yang betul. Bukanlah apa yang kami mahukan untuk seri di laman sendiri dan kurang mengawal bola tetapi ada keadaan yang kami perlu terima malam ini bahawa ia adalah langkah yang tepat,” kata Cooper.

“Anda tewas lima perlawamam dan ketika itu anda boleh melihat orang akan bersembunyi tetapi saya melihat sebaliknya.”

“Apa yang berlaku musim ini adalah sesuatu yang menakjubkan tetapi kami berada di liga ini dan ia berbeza berbanding Kejuaraan. Jika kami tidak berubah sedikit ia pasti sukar.”

Villa tidak tewas dalam empat perlawanan terakhir tetapi skuad kendalian Steven Gerrard juga berdepan bahaya penyingkiran.

Villa hanya menang sekali dalam tujuh aksi terakhir liga dan kini tiga mata di atas tiga tempat terbawah liga.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker