Zahid tangkis propaganda politik lawan

Siapa sebenarnya bermain 'nyawa rakyat'?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zahid tangkis propaganda politik lawan

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menangkis propaganda politik pihak lawan yang menuding jari kepada Umno/BN.

Pihak lawan memulakan serangan dengan naratif menyalahkan Umno sebelum Parlimen dibubarkan secara rasmi semalam. Menggunakan rakyat sebagai senjata utama, Umno digambarkan tamak kuasa dan tidak prihatin dengan situasi semasa.

‘Dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.
 
Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU-15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.
 
Pilihan raya umum, kecil mahupun negeri adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu yang layak. – Ahmad Zahid Hamidi

 

Imbau semula keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020, Umno dituduh sebagai ‘penebuk atap’ bila bersetuju menamakan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Mahathir meletakkan jawatannya.

Ketika itu, Pakatan Harapan telah meminta agar mandat dipulangkan kepada rakyat bagi mengadakan PRU.

Bagaimanapun, keadaan ketika itu tidak mengizinkan untuk berbuat demikian lantaran pandemik covid-19.

Tertubuh pula Kerajaan Perikatan Nasional dan Umno turut menjadi sebahagian daripada kerajaan. Namun demikian, selepas 17 bulan, Muhyiddin yang dilabelkan sebagai Perdana Menteri GAGAL pula meletakkan jawatan. 

Gabungan politik tamak kuasa adalah sesuai untuk yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai mereka agar terus kekal mempertahankan kuasa.
 
Enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan. – Presiden Umno
 

Tiada pilihan ekoran covid-19 belum reda, Umno menggalas tanggungjawab apabila Ismail Sabri Yaakob diberikan amanah oleh Umno menjawat jawatan Perdana Menteri. Pembentukan kerajaan campuran tersebut dinamakan sebagai Keluarga Malaysia.

Pada 6 Oktober 2022, Menteri dari Perikatan Nasional telah mengesahkan mereka mengutus surat kepada Istana Negera bagi membantah pembubaran parlimen.

 

Sebagaimana Titah Tuanku Agong yang menzahirkan kekecewaan Baginda dengan situasi politik, Baginda menjelaskan tiada pilihan lain dapat dilakukan selain membubarkan Parlimen.

Jika Titah Tuanku Agong pun tidak difahami Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, jangan pula menyalahkan Umno/BN.

Puad yakin pembangkang akan sertai PRU15

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker