Zarina Zainuddin Mahu Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar?

“Moga Terus Kuat Dalam Sepak Terajang…."

Zarina Zainuddin Mahu Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar?

Zarina Zainuddin Mahu Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar?

Pelakon, Zarina Zainuddin tampil menitipkan pesanan terhadap pasangan selebriti dari Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar yang menjadi bualan ramai selepas Rizky didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Lesti.

Anggap Sebagai Ujian Kecil

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina menitipkan pesanan buat Lesti untuk menganggap apa yang berlaku sebagai ujian kecil dan terus kuat dalam ‘sepak terajang’ dalam kehidupan rumah tangga.

“Lesti Kejora ibu manis punya suara lunak merdu ini. Memaafkan itu sangat terpuji. Anggap ini ujian kecil sebahagian dari hidupmu.

Allah Maha Pengampun dan Maha Menyayangi berdoalah selalu, semoga terus kuat dalam sepak terajang kehidupan rumah tangga.”-Tulis Zarina

Mahu Lesti Maafkan Rizky Billar

Zarina Zainuddin Mahu Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar?

Tambahnya lagi, pelakon drama Ash & Aish ini turut meminta Lesti untuk memaafkan kesalahan Rizky yang akan berubah menjadi lebih baik seiring dengan peningkatan usia.



“Senyum bangunlah terus kuat untuk anak dan suamimu. Maafkan dia. InsyaAllah dia akan berubah menjadi lebih baik seiring usianya meningkat naik.”-Tulis Zarina

Zarina Zainuddin Mahu Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar?

Sekadar info, pasangan selebriti Indonesia ini telah mengejutkan industri hiburan selepas Rizky yang juga seorang pelakon itu didakwa melakukan tindakan agresif dengan memukul isterinya termasuk mencekik sehingga terjatuh ke lantai.

Lesti Kejora dan Rizky Billar telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Jangan lupa langgani saluran InstagramFacebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Rizky Billar dan Lesti Kejora – Berita pergolakan rumah tangga

Zarina Zainuddin Mahu Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker