Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap

Mampu Tambat Selera Insan Tersayang!

Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap

Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap
Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap

Serba boleh itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan figura lagenda dalam industri penyiaran radio, Fara Fauzana Mohd Fadzil. Ini demikian kerana, selain berbakat sebagai pelakon, pengacara dan penyampai radio siapa sangka farah juga punyai bakat lain.

Si jelita Fara Fauzana atau lebih mesra di sapa sebagai Fafau ini juga ternyata punyai bakat beraksi di dapur hingga berjaya membuat hidanan donut sedap sesuai untuk disantap ketika minum petang!

 

Terdahulu,  Fafau menarik perhatian peminat apabila berjaya membuat donut resipi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, hingga ramai memuji air tangan anak kedua daripada tiga beradik tersebut yang pertama kali membuat donut.

Malah, dia turut membawa donut tersebut ke konti radio untuk berkongsi dengan rakan-rakan.

Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap

 

Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap

“Percubaan pertama. Seumur hidup dan dah masuk usia ni baru dapat buat donut. Please don’t judge ya. Kita kan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing but what I share untuk saya bangun pukul 4 pagi demi buat sajian untuk dihidang kepada orang tersayang maka ini bukan kerja mudah ya.

“Tolong hargai ibu, emak, isteri, kakak, adik korang yang pagi-pagi je dah ada makanan atas meja tu. Please jerit Terima Kasih dan I Love You.

“Resipi donut dari Siti Nurhaliza buatkan I bukan rasa tapi PATUT dah kahwin. Thank you melayan saya dari malam sebelum sehinggalah ke awal pagi demi pastikan resipi yg diberi dibuat dengan betul. Don’t worry I jaga nama #ctdkdonut tu,” tulisnya pada ruangan kapsyen menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Peribadi Ceria & Optimis Fafau Punca Berjaya Kemudi Arena Penyiaran Selama Dua Dekad

Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap

 

Tak dinafikan Fafau mempunyai aura dan perwatakan ceria yang membuatkan peminat tertarik, jadi tak hairanlah dia mampu bertahan dalam dunia penyiaran lebih dua dekad.

Bakat wanita ramah ini mula menarik perhatian ramai ketika mengendalikan program radio di Era FM pada tahun 2003 hingga 2006. Dia kemudian berhijrah ke Hot FM dari tahun 2006 sehingga 2016.

Ibarat sirih pulang ke gagang, Fafau kembali semula ke stesen radio Hot FM pada 2021 sampai sekarang.

 

Selain itu, dia juga pernah menjadi pengacara Nona bersama Neelofa, Melodi di samping Wahid Senario dan Muzik-Muzik.

Untuk rekod, Fafau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan rakan artis tanah air termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

 

Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker