Anak David Beckham berlatih bersama skuad remaja Brentford

LONDON: Romeo Beckham, anak legenda bola sepak England, David Beckham kini menjalani latihan dengan pasukan remaja kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Brentford.

Menurut akhbar Inggeris The Times, pemain bola sepak Inggeris itu sedang mempersiapkan diri sebelum berpindah ke kelab barat London itu suatu hari nanti.

Perpindahan itu dilakukan 19 tahun selepas bapanya meninggalkan EPL untuk beraksi dengan Real Madrid dalam La Liga Sepanyol.

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini berlatih dengan pasukan francais, Inter Miami FC II milik bapanya, bersiap sedia untuk menjadi pemain bola sepak profesional.



Romeo Beckham pernah mencuba nasib dengan pasukan remaja Arsenal, kelab yang ditinggalkannya pada 2014 kerana keinginannya untuk bermain tenis secara profesional.

Malah dia pernah berlatih dengan Andy Murray, sebelum menggantung raket untuk kembali menendang bola.

Pada 2021 dia tiba di Amerika Syarikat, mendaftar dalam pasukan francais bapanya.

Bagaimanapun akhirnya, Romeo Beckham kembali ke England untuk mengikut jejak langkah bapanya beraksi dalam liga Inggeris.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker