Cheng Hoe bantu Selangor menang lagi

KUALA LUMPUR: Tan Cheng Hoe mencatat kemenangan hatrik bersama Selangor FC selepas skuad kendaliannya itu menewaskan Sarawak United FC 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching.

Sebelum ini skuad Gergasi Merah mencatat kemenangan ke atas Melaka United FC (5-0) dan PJ City FC (1-0) selepas dia diumumkan sebagai pengendali Selangor pada 24 September lalu.

Kemenangan itu juga menyaksikan Selangor mengumpul 29 mata selepas mengharungi 21 perlawanan hasil daripada lapan kemenangan, lima seri dan lapan kali tewas.

Sarawak United pula kekal dengan 14 mata dan berada di kedudukan ke-11 liga daripada 12 pasukan dengan saingan hanya berbaki satu perlawanan.



Dalam aksi malam tadi itu, tuan rumah tampak mendapat peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan menerusi S Chanthuru pada minit ke-67, namun rembatannya diselamatkan penjaga gol, Sam Somerville.

Selangor berjaya berada di depan pada minit ke-71 apabila hantaran menarik Alexander Agyarkwa disudahkan dengan sepakan lambung Hein Htet Aung yang menewaskan penjaga gol Sarawak United, Aquila Abdul Rahman.

Tuan rumah cuba bangkit memburu gol penyamaan dengan beberapa gerakan, namun kedudukan 1-0 memihak Selangor kekal hingga tamat permainan.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker