MotoGP: Damok kecewa terlepas peluang kutip mata

MotoGP: Damok kecewa terlepas peluang kutip mata

MotoGP: Damok kecewa terlepas peluang kutip mata
DAMOK terjatuh pada baki tiga pusingan sekali gus memusnahkan impiannya untuk meraih mata pada aksi di Sepang semalam.

PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman mengakui dia telah melakukan sehabis baik untuk tampil cemerlang di hadapan ribuan penyokongnya, namun akur impiannya untuk meraih mata di Grand Prix (GP) Malaysia tidak kesampaian.

Pelumba MT Helmets-MSI itu mengakui bahawa dia memiliki jentera terbaik mampu membantunya dalam kedudukan terbaik dengan sekurang-kurang penamat tempat ke-15.

Bagaimanapun, impiannya untuk meraih mata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan memburu penamat di kedudukan yang menjanjikan kutipan mata tidak berhasil selepas terjatuh pada baki tiga pusingan terakhir.

Namun, pelumba berusia 21 tahun itu tetap bangkit meneruskan perlumbaan sebelum menamatkan saingan di kedudukan terakhir selepas lapan pelumba gagal menamatkan saingan.

“Syukur berjaya menamatkan perlumbaan walaupun saya terjatuh pada baki tiga pusingan. Saya kurang gembira dengan keputusan kali ini, tetapi saya dapat membuat peningkatan yang banyak dan saya juga bersaing untuk berada di posisi menjanjikan mata.

“Ketika terjatuh, saya sebenarnya sedang cuba memintas seorang pelumba di hadapan. Saya mungkin hilang kawalan di bahagian depan. Saya mungkin terlalu agresif.

“Waktu di pusingan ke-10, saya melihat mampu berada di kedudukan yang mampu bersaing untuk berada dalam kelompok mata, namun tak ada rezeki saya di sini,” kata Damok.

Perlumbaan Moto3 tersebut dimenangi pelumba Liqui Moly Husqvarna Intact GP, Collin Veijer dengan catatan 33 minit 30.072 saat (s) diikuti rakan sepasukannya di tempat kedua dari Jepun, Ayumu Sasaki (33:30.138s). Pentas podium dilengkapkan pelumba pasukan Leopard Racing, Jaume Masia dengan catatan 33:30.400s.

MotoGP: Damok kecewa terlepas peluang kutip mata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker