Lan Solo Bersyukur – Kedai Runcit Kini Ada 2 Outlet

β€œBermula Dengan 5 Botol Kicap, 5 Pek Amplang…,” -Β  Dalam Tempoh 3 Tahun

Lan Solo Bersyukur - Kedai Runcit Kini Ada 2 Outlet

Lan Solo Bersyukur – Kedai Runcit Kini Ada 2 Outlet

Penyanyi Lan Solo meluahkan rasa bersyukur kala mengenangkan progres positif terhadap perniagaan kedai runcit miliknya, Solo Borneo Mart yang kian berkembang.

Diam tak diam, kedai yang diusahakan bersama isterinya, Nur Sheila Hassim itu kini sudah tiga tahun beroperasi.

β€œAlhamdulillah.. 3 TAHUN! Bermula dengan 5 botol kicap, beberapa paket Mee, 5 pek Amplang juga Kuih Cincin dari Sabah dan beberapa produk makanan dari Borneo yang lain.

β€œSerta kedai pertama kami berukuran 8ft x 8ft, berpindah ke kedai yang lebih selesa secara berperingkat.

β€œAlhamdulillah kini berusia 3 tahun & dah ada 2 outlet! Juga sebuah van,” tulisnya di dalam salah satu hantaran yang dikongsikan Lan.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang menyokong kelangsungan perniagaan kedai runcit miliknya itu.

β€œTerima kasih semua yang support. Terima kasih semua yang selalu mendoakan perniagaan kami.

β€œSelain dapat bantu penggemar makanan Borneo untuk dapatkan makanan dari Sabah Sarawak dengan lebih mudah, sama-sama juga kita membantu usahawan kecil dari Borneo untuk pasarkan dan perkenalkan makanan dari sana dengan lebih luas lagi, insyaAllah! Moga manfaat yg baik ini akan berterusan!,” tulisnya lagi.

Tahun lalu, kedai yang sebelum ini terletak di Puchong Prima, Selangor dan kini berpindah ke lokasi baharu iaitu di Bandar Bukit Puchong.

Menurut Lan, dia mengambil keputusan tersebut selepas perniagaannya mendapat sambutan ramai dan memikirkan tempat lebih selesa buat para pelanggan Solo Borneo Mart yang dijalankan.

Zahid tempelak Mahathir Β – β€œ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar β€œ

Lan Solo Bersyukur – Kedai Runcit Kini Ada 2 Outlet


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir Β – β€œ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar β€œ

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker