PH, PN tidak perlu bertanding, elak calon lemas

Oleh – Bakhtiar Omar


PH, PN tidak perlu bertanding, elak calon lemas

 

PH dan PN sebenarnya tidak perlu bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-15 bagi mengelakkan calon mereka dari lemas dalam banjir. Ini bagi membolehkan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menumpukan kebajikan kepada mangsa banjir pada PRU15.

Banjir, alasan utama PH dan PN gunakan bagi mengelakkan Parlimen dibubarkan. Rakyat dijadikan perisai oleh mereka kononnya nanti akan menyusahkan banyak pihak sekiranya terpaksa membuang undi dalam banjir.

Untuk menyenangkan PH dan PN, seeloknya mereka tidak perlu tampilkan calon semasa penamaan calon. Lebih banyak tumpuan dapat diberikan oleh kedua-duanya (PN & PH) dalam usaha membantu yang terkesan dengan banjir. 



PH & PN BOLEH TUBUH PELBAGAI SKUAD TERMASUK SKUAD ‘SELFIE’

Sebagai contoh, mana-mana calon PH, PN boleh mewujudkan skuad ‘Sodok Lumpur’, skuad ‘Selfie bersama mangsa’, skuad ‘bot getah’, skuad ‘alih kenderaan’ dan tidak lupa skuad ‘dapur’.

Pastinya PH dan PN akan dapat menjimatkan banyak wang calon apabila tidak perlu membayar deposit sebagai calon.

Sebenarnya alasan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mengenai banjir dan Pilihanraya hanyalah untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Selepas terbongkar PH dan PN tidak mampu membawa perubahan ekonomi serta janji-janji yang dipalsukan, rakyat semakin sedar kesilapan mereka memberi kepercayaan semasa PRU14.



Untuk memulihkan imej, rakyat perlu disogok dengan kisah ‘kebaikan’ dan prihatin Pakatan Harapan, Perikatan Nasional bagi meredakan kemarahan mereka kerana telah ditipu  oleh manifesto.

Menyedari bakal menerima hukuman dari rakyat, baik PH atau PN terdesak bagi mengalihkan tumpuan dan amarah rakyat kepada Umno/BN. 

‘Pucuk dicita, ulam mendatang’, Parlimen dibubarkan dan kebetulan Perdana Menteri merupakan Naib Presiden Umno, maka mudah kerja PH, PN menyalahkan Umno/BN sekiranya PRU15 diadakan dalam musim banjir.

Bagi menunjukkan protes dan kononnya terlalu mengambil berat mengenai rakyat, PH telah mengumumkan tidak akan membubarkan DUN di negeri yang dikuasai mereka, begitu juga dengan PAS dalam PN.

Strategi ini banyak memberi BN/Umno kelebihan pada masa akan datang berikutan jentera dari seluruh negara boleh dikerahkan turun ke setiap DUN dalam negeri yang PH dan PN kuasai.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker