PSG tidak terganggu khabar angin babitkan Mbappe

PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain, Christophe Galtier berkata khabar angin mengenai masa depan Kylian Mbappe tidak mengganggu persiapan pasukannya bagi pertemuan awal pagi tadi dalam Liga Juara-Juara menentang Benfica.

PSG seri buat kali ketiga apabila perlawanan di Parc des Princes tamat dengan kedudukan 1-1 selepas Mbappe meletakkan mereka di depan menerusi penalti sebelum tamat babak pertama.

Ia hadir selepas media di Sepanyol dan Perancis melaporkan sehari sebelum itu bahawa Mbappe mahu meninggalkan PSG pada perpindahan Januari walaupun baharu sahaja menandatangani kontrak baharu tiga tahun pada penamat musim lalu.

“Saya tidak tahu apa-apa,” kata Galtier apabila ditanya mengenai laporan itu.



“Apa yang saya tahu, khabar angin menjadi berita dan ia hampir dikatakan benar.

“Saya terkejut bahawa cerita itu keluar sebelum perlawanan besar seperti ini.”

Tambahnya: “Saya tidak lihat apa-apa yang ganjil dalam persiapan Kylian untuk perlawanan ini, dan dia bermain dengan rentak dan intensiti serta membalas khabar angin itu.

“Kami kekal fokus untuk perlawanan dan saya tidak rasa khabar angin itu mengganggu persiapan kami.”



Gol Mbappe itu adalah yang ke-12 buatnya musim ini dalam 13 perlawanan tetapi dia dilaporkan tidak gembira dengan posisinya di PSG dan kelab dimiliki Qatar itu tidak menandatangani penyerang tengah berkualiti pada penutup musim.

Galtier mempersoalkan motif laporan berkenaan dengan PSG kehilangan Lionel Messi yang cedera, terlepas peluang layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berbaki dua lagi perlawanan.

PSG, yang akan menentang Marseille pada Ligue 1 Ahad ini, akan beraksi dalam Liga Juara-Juara di laman sendiri menentang Maccabi Haifa pada 25 Oktober.

Kemenangan akan memastikan tempat buat PSG ke peringkat kalah mati.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker